dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI X Lifelong Learning (NADI TinyTechies) Bengkel Sumo Robot Sesi 5

23 November 2025 | Aktiviti Terkini

Kelas Bengkel Sumo Robot Sesi 5 pada kali ini adalah sambungan daripada kelas yang diadakan pada minggu sebelumnya. Program yang dianjurkan oleh NADI X TinyTechies ini adalah satu program yang berlandaskan pembelajaran sepanjang hayat yang mana kumpulan sasarannya adalah pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Silibus yang bersesuaian dengan peringkat umur secara amnya adalah berdasarkan kemahiran yang terdiri daripada mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ataupun lebih dikenali sebagai STEM.

Sama seperti sebelumnya, lima orang peserta yang berdaftar dari NADI Pokok Sena mengambil peluang ini untuk belajar dan meneroka kemahiran baru yang diajar secara inklusif dan berkualiti oleh pengajar yang terlatih.

Program ini dilihat sebagai salah satu usaha yang sangat bagus dalam mengisi masa lapang pelajar-pelajar sekolah untuk diisi dengan kegiat yang berfaedah dan memberi manfaat yang baik. Pelajar-pelajar juga dilihat menunjukkan peningkatan dalam daya tumpuan dan fokus, di samping lebih berani untuk mencuba dalam bidang yang baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.